Tuesday, July 31, 2012

77 SYARIKAT PELABURAN TIDAK SAH

Kredit gambar : https://www.facebook.com/tokeyemas999

Source : Utusan Malaysia  01/08/2012
http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120801/ek_02/77-syarikat-pelaburan-tidak-sah

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
ekonomi@utusan.com.my

SYARIKAT-syarikat pelaburan emas dan barangan logam bernilai kini melakukan pelbagai taktik bertujuan menarik pelaburan daripada orang ramai dengan menjanjikan pulangan lumayan. - GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain.

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.


Senarai lengkap 77 syarikat berkenaan adalah sepert di dalam link ini
http://www.bnm.gov.my/documents/2012/Financial_Consumer_Alert_listEN.pdf